Showing posts with label cuti sem. Show all posts
Showing posts with label cuti sem. Show all posts

Sunday, January 29, 2012

:: matching baju::

 hai anak-anak,




hari ini kita belajar mcm mna nk matching baju kat patung~ err~ org pun boleh.  jika anak-anak nk matching baju, pastikan matching baju yang btul, dan sekiranya salah matching bahana yang menimpa~ hehe~ 

terlebih dahulu izinkan saya menceritakan kisah seorang si selenge ini. yang mana xde kaitan dengan hidup mahupun yang mati.


alkisah bermulanya, apabila seseorang makhluk menyuruh seorang selenge memakaikan pakaian pada patung. si selenge bertanya " nk amik baju apa", 


maka si makhluk pun berkata, " ikut suka hati" [sila pastikan anda paham maksud sesuka hati] 



dan demikian maka si selenge pun amik la baju seperti gambar di sebelah ini. selepas itu  si hamba Allah datang kepada si selenge itu dan berkata


"nah tukaq baju ni!" [sila baca dengan nada yang mengarah]


oleh itu, si selenge membalas, " kata suka hati, esklah tukaq pakai bju yang tu".


sebaik sahaja si selenge mencapai baju itu dan mengambil hanger dan menyangkutnya kembali. 

 *si hamba Allah dan si makhluk  adalah berbeza*



beberapa minit kemudian, datang seorang kepo wanita berkata, " apa ni, matching kaler macam ni, dah seluaq tu kaler biru, amik la kaler lain" 


si selenge hanya membutakan mata dan pekakkan telinga.
 tp dalam hati, " dah tau x matching, buat la sendiri"


kemudian si makhluk melihat si selenge masih tidak menghiraukan kata kepo wanita, maka dengan itu si makhluk mengambil baju yang sepadan dengannya lalu menukarkan dengan baju yang lain. [gambar tidak diupload]


kemudian masa mengscan baju, drawer x terbuka maka si selenga menekan shortcut F3 sebanyak 2 kali. dan drawer masih tidak terbuka. lalu si hamba Allah membuka menggunakan kunci lalu berkata, " ni mesti salah tekan ni"  


si hamba Allah buat apa tah dengan komputer tu sampai drawer terbuka sendiri dan byak kali. [aku rasa drawer tu jam, roti xde nk cicah]. maka si hamba Allah memanggil si makhluk di luar. 




maka si makhluk pun datang bertanyakan jika si selenge itu ada menekan something. maka dengan selambanya si selenge itu menjawab, " tekan yang mana ptt la" 


SESUATU YANG BERLAKU DALAM SEHARI~


pada keesokkan harinya,  si selenge menukar baju yang diminta.






 tadaaaa~


 perkara yang sama berlaku pada keesokan harinya, apabila si selenge bertanya pada si hamba Allah, nk amik baju apa?" 

maka si hamba Allah pun berkata , " ikut suka"

dan si selenge pun bertanya kepada si makhluk perkara yang sama. dan si makhluk membalas, " ikut suka". dan si selenga pun amik la bju di bawah. dan si makhluk berkata, " yang matching dengan seluar tu, yang coklat tu.  
 


 
maka jadilah seperti yang di bawah


dengan tu, si selenge mengambil keputusan untuk ke toilet. dan  dapati baju itu sudah tiada. err~ customer dah amik??

maka kali ini si selenge memilh dengan menunjuk dahulu pada si makhluk. dan si makhluk  mengangguk shj.


dan aku terpaksa memilih baju yang lain juga utk patung2. dan semua baju itu dipilih oleh customet utk menerai. 

[selepas dari itu, si selenge memilih baju dengan sendiri, konon dah tau apa yang matching pada pandangan si makhluk itu]

kemudian semasa kebanyakan customer memilih itu menerai baju yang yang pada patung-patung tu. 

dan akhirnya si makhluk itu berkata, " suma yang akak pilih, suma customer nak" 





dan izinkan aku ingin simpulkan di sini. 

bagi aku pendapat matching dan tidak matching tu adalah naluri setiap individu itu sendiri. bagi orang lain, itu tidak matching tapi bagi kita tu matching. dan sebab itu lah timbulnya keunikan individual itu sendiri. klu dalam istilah forensik, bukti kelas individual. setiap bahan dan barang maupun orang sekalipun mempunyai keistimewaan dan kelebihan masing-masing. kita mungkin nampak kelainan pada sesuatu brg itu yang membuatkan kita tertarik tetapi tidak pada member kita. 

siapa kita nk judge orang pakai baju x matching ke matching? yang penting selesa dipakai.

kan senang jadi lelaki. xperlu memikirkan matching dan x matching. yang penting semua kebyakan kaler hitam. hehe~

apabila umur 23 sudah digelar tua, mayb dah xpandai nk matching2 ni kot~ kata xde kaitan ngn hidup ataupun mati. haha~ sebab itu kot xde orang nak, kbai~


sekian terupdate jugak blog aku~

#fesyen cambesje -bagi aku kalau kaler hitam, putih, sesuai utk semua kaler. dan kaler koko pun mcm byk je matching ngn kaler lain~ hehe... 
 tp tidak bagi korang kan??


















Monday, November 15, 2010

::muzium padi::



saya nk share je video ni ngn korang.. diambil di aras 2 muzium padi.. sbenarnya saya hanya duduk statik di tempat itu.. dan aras ni dalam keadaan bulatan dan ianya berputar..

ia merupakan lukisan hasil daripada aktiviti2 kampung di sekitar gunung keriang..

fakta: sementara menunggu imah berexam, saya berjalan2 di sekitar a.setar dgn melihat keadaan banjir di sana~~

gambar mangsa bnjir xde.. ade je gambar kambing tu pown kena usha kat fb.. kih3~~ selamat menonton..

Friday, December 4, 2009

::1st time::



hari ini 4 hb, hari yg ptt aku lakarkan memori yg xpenah aku lupa dlm kamus hidupku... mencuba sesuatu yg tidak pernah aku terduga dlm hidupku... aku, jika tidak pernah merasai sesuatu dari kecik, tba2 ingin merasai itu adalah sangat mustahil... alasannya sebab mama xpenah masak... cerita pasal mknan lagi senarnya.. hahahaha~~


aku ke rumah mak longku utk mengambil bju.. of course la wif my mom.. masa balek tu pak long ada bg burung puyuh...

ayat yg pertama keluar dr mulut aku ialah

"burung puyuh boleh mkn ke??"

mama hanya gelak, sebab aku memalukan dia.. nk wat mcm mner kan, dah mmg xpenah mkn pown...pak long bg 3 ekor puyuh, utk seorang seekor di rumah... aku x tau kenapa kali ini mulut aku nie mcm nk mkn puyuh itu, sebab selama ini aku penah mkn telur puyuh shj...

klu tya mama,

mama akan jawab, "puyuh mahal", "mama pown xpenah mkn"...

balek rumah, mama wat goreng puyuh, kemudian mkn dengan sos, dagingnya agak liat dan mcm terasa mkn rangka ayam la plak.. huhuhu...

adekku mcm aku jgk, xkan mkn klu mknan tu xpenah dimkn.. tp dia lagi memilih dari aku.. hahaha~~

------------------------------------------------------------------------------------------------------

fantasy couple rupanya adalah couple or trouble...

~trimas to my sis for giving me this drama, dah lama dah nk cari cte nie~

kenangan di matrik kembali menerjah...melihat this drama time chemfrenz modul*, sanggup lambat ke kelas, semata2 utk menonton cte ni di bilik tv, blok p2.. byk kenangan di sana....

chemfrennz modul: kelas utk mengimprovekan kimia yg diajar oleh org terer kimia....

dan tq, racel kerana memahami sy.. hahaha~~


fakta: xperlu disangkal lagi, yg sememangnya ayam lagi sedap dari puyuh....

nota: tahniah kepada wayang sebab menang mlm nie dlm anugerah skrin... time utk mencari movie tu plak~~ spe2 yg ade tu jgn lupa, bg... jasamu amat dikenang~~


Friday, November 27, 2009

:: selamat hari raya ::




selamat hari raya

aidil adha

dari:
semoga ibadah korban tahun ini dapat memberi seribu keinsafan kepada kita semua

dan dapat mengeratkan lagi ikatan silaturahim di antara kita

fakta raya: jemputla dtg rumah...

Tuesday, November 24, 2009

::banjir oh banjir::


skrg boleh dikatakan setiap hari hujan, xkira pg, petang, siang, mlm...

jika di kawasan kelantan, terengganu, mstlah skrg nie musim banjir... melihat di dlm berita kelihatan kanak-kanak sgt menyukai bermain air.. da yg mndi, bermain dengan pelampung, dengan bot dan sebagainya..
terdapat juga kes2 taun.. oleh itu, jagalah kesihatan sebaik2nya...nyawa, dan barang berharga...
kesian jugak kepada adek2 yg mengambil spm, terpksa berspm dlm keadaan banjir...

yg pastinya kenduri kwen kat kelantan dan terengganu tidak ada...

jika di kedah, kawasan yg dinaiki air, adalah kawasan alor setar dan kawasan yg berdekatan dengannya....

aku bertanya kepada mama,

" awat sp x banjir"

mama menjawab, " sg sungai petani bersambung dengan laut, sp x dak bnjir, tp ada pasang surut besaq"

adekku menyambung," sistem pengairan di sini antara yg terbaek"

alhamdulillah, arwah abhku membeli rumah di sini...

walaupun berdekatan dengan sungai, tetapi keadaan sini maseh normal walaupun hujan turun x henti...

---------------------------------------------------------------------------------

apa yg boleh aku buat di dlm rumah..

adalah mengonline wpun line x laju.. xleh men cafe world, island paradise, disebabkan tidak boleh bkk... so aku rajen membuat blog je la~~

menghabiskan movie dlm laptop dan external aku nie...

keluar pekan... walaupun sekadar cuci mata...

bergaduh, bertekak ngn adekku...


apa yg aku xleh wat di rumah,

masak... sebab setiap kali aku masak xde spe nk mkn...

keluar rumah mcm dlu2... sebab malas nk kuar... xde pape pown kat luar rumah...

kemas rumah.. sebb mak aku ade kat rumah dah... klu dlu aku kemas la sket2, skrg mak aku je yg wat... keje aku tido~~

kesimpulannya: aku nie mmg pemalas....


Saturday, November 21, 2009

:: apabila adek-adek berada di rumah::

di rumah kini hanyalah tinggal aku dan adekku... hanya kami berdua dengan mama... apa yg aku mampu wat hanyalah bertekak dengan adekku...

aku telah sampai ke sg petani pd hari isnin yg lepas sejurus abgku cakap ptg itu yg aku boleh balik.. aku mengucap syukur kerna aku dapat balek juga pada malam itu.. rindu beb!!! suma kwn dah balek umah tinggal aku je mseh di sna... walaupun aku berada di rumah abgku..

sampai di rumah, aku berehat seharian pada hari selasa itu.. dan pada hari rabu itu aku pergi menyambung lesenku yg tertangguh.. aku baru buat ujian komputer dan kembali kali ni dengan niat utk menghabiskan segala lesen moto n keta... pada hari itu, agen itu ingat aku org baru yg bru amik lesen... dia syorkan aku dengan rm260 utk amek lesen keta n moto dari A sampai Z..
[najib bru menyetujui usul ini, lepas ni sapa2 nk amek lesen murah dah]
,
aku xmampu dah utk alami ujian komputer itu
[ 2 kali bru aku lulus]

aku yg maseh was2 dengan diriku utk membawa moto.. mana taknya, dah lama aku tinggalkan dunia merempit nie, dari form 5 lagi, sejak itu aku dah x bawak moto dah sebab di rumah ini xdak moto yg standard, yg ada cuma moto gna hand clutch... aku belum mahir lagi bwk moto itu.. klu dlu aku bwk moto ug clutchnya panjang tp adekku oter bg clutch pendek, so semenjak itu aku dah jarang bawak moto dah... moto cepat mati...
[ entahlah apa yg besnya dengan moto itu dah, skrg ini moto itu sudah bersemadi dengan amannya di hadapan rumahku]

alhamdulillah, aku mampu membawa moto lagi pada hari ini, cuma itu di atas jambatan itu sahajalah aku x pass lagi, dengan test break lg... suma belum pass lagi.. huhu... xpa2 ada lagi 8 kali latihan utk aku mahir dlm membawa moto nie~~
[ sekarang kat rumah xdak moto standard, yg ada cuma moto LC<-- milik adekku, klu nk praktis tgu sahajala ayahku datang sini atau aku hanya mempraktiskan di sana shj]

fakta dr adekku: moto LC, payah sket sbb clucth dia ssh...klu nk masuk clutch1 dia kena tekan clutch 2 kena tekan, nk masuk clutch3 kena congkeh... entahla.. nnt2 la aku blaja... tgu dpt p dlu]

skrg aku dah ada L moto dah, cuma skrg aku kena teruskan utk dapatkan L keta plak.. esk aku kena menahan kesejukkan di dlm bilik itu...

pernah sekali, kerana adekku jugak pemegang lesen L sepatutnya x leh bwk penumpang.. tp aku suruh dia bwk aku ke CENTRAL SQUARE [atau lebih dikenali oleh CS] kerana aku ingin membayar bil broadband aku ni.. kena tahan oleh si pakcik putih itu di kedai nasi kandar nashmeer .. tetapi adekku meminta ic kepada aku, konon-konon nk pujuk polis itu la, alasan membawa kakak.. dan kami selamat dari pakcik itu...

dan hari ini, seperti biasa aku keluar lagi menemani mama ke pekan, membeli barang mknan.. tp apa yg dibeli hanyalah mkanan yg merapu utk menghilangkan lapar pada mlm hari.. mencari kabinet yg diidamkan oleh mama... berjaya juga akhirnya mencari kabinet itu..ergi mencari sampai di sg lalang tp akhirnya di pekan sahaja.. berhadapan dengan CS itu dan sebelah hasani...

menghabiskan masa dengan yakitate japan dengan adekku pada mlm hari.. ketawa, dan perut yg sentiasa lapa pd mlm hari..
mungkinkah terpengaruh dengan cerita itu.. dari 60 lebih harus di selesaikan dan kini baru tgk 20 episode...

fakta:ingin melihat boys over flower lagi.... dan meteor garden lagi... huhuhu


Sunday, November 15, 2009

~kakiku membuat hal lagi~

alkisahnya ari ni kena pergi shah alam utk mengambil brg kakakku di
kolej anggerik, uitm...mulanya pintu gate itu berkunci disebabkan
skrg uitm mengunci pintu kolej... huhuhu
[namanya student u, mst la ade cara lain utk keluar dr kolej itu...
cthnya di tepi pintu itu terdapat longkang yg besar,
cukup utk masuk org yg sebesar aku ini ataupun memanjat
pagar itu...]

jika semalam abgku sampai mengambilku pkl 1pgi.. naseb baik ade sahabat
forensik yg maseh ada.. mendengar telatah mereka.. seorang dengan
karaoke cintannya, seorang lagi dengan tidur... thnkz korang sbb sanggup
tgu dengan aku..

mulanya aku n akakku pergi mencari pak guard utk membuka pintu
itu, pergi menaiki bukit ke fakulti seni bina, dan sampainya di situ pk
guard itu menyuruh kami pergi mencari pk guard yg
bertugas utk membuka pintu gate itu.. dipendekkan cerita
akhirnya pintu itu berjaya dibuka...

semua student kena kosongkan kolej pd esk hari, oleh itu akakku
menyuruh abang aku dtg mengambil brg, dan dia akan bermalam
di rumah kwnnya di syeksen 7 di sebabkan maseh ada
lagi kerjanya yg tertangguh...aku yg sentiasa baik hati ini
menolongnya mengangkat barang...
mula-mula aku mengangkat kotak megi yg berisi buku-buku...
smpainya di pintu
keluar, aku yg xnmpak di bawah disebabkan kotak
yg dibawa menutupi
jalan di bawah, tba2 terjatuh di border jalan, terasa
kakiku begitu sakit...
argh!!!!!


time2 gini la dia ni nk wat hal, terseliuh sana sini...
selepas itu aku ingin menyambung untuk
membawa lagi barangnya tp disebabkan aku maseh terasa
dengan kesaketan ini
menyebabkan aku terpksa membatalkan niat aku ini..klu u ni straight je
xpe la.. ni bertangga2....

so terpksa digantikan dengan kak iparku... dengan ank sedaraku
yg menyuruhku memakai
kasut.. aduhai!!! aku mengikut sahaja kehendaknya~~
-------------------------------------------------------------------------------------------------

klu nk dikira termasuk kali ni dah 3 kali kakiku membuat hal.. sumanya
ara2.. cuai, xnmpak,
x sesuai dan macam2 ag...

kes yg pertama

kisahnya bermula apabila bermain escalator di plazarah,
semasa short sem..
akibatnya lututku bengkak, dan kesukaran utk berjalan... ini merupakan
kisah lawak~

kes yg kedua

kisahnya bermula di bangi, apabila kakiku alergic dengan air di sana...
berulang alik aku ke
pusat kesihatan walaupun jaraknya tidak jauh.....

kes yg ketiga

skrg, sama seperti di plazarah, terpksa jalan dengan menggunakan tenaga
dari sebelah lagi
kaki.. bezanya dahulu kaki kiri, kini kaki sebelah kanan....

nota rindu: x dapat balik ag sp, disebabkan oleh terpksa menunggu akakku....

nota simpati: damia membuli aku, menarik rambutku ptg tdi..

nota akhir: doakan kakiku cepat sembuh..





Sunday, July 12, 2009

dr selangor ke kedah

CUBA ANDA PERHATIKAN GAMBAR DI BAWAH NI??
ADA PERBEZAAN X??
~jari di tengah kebengkakan~

dari sudut tepi

tajuk di atas tu bknlah bermaksud, aku ni baru balik kedah ke apa.. tapi disebabkan aku digigit oleh semut selangor di semeling, kedah. berlaku di rumah mak long aku.

aku pergi ke sana dengan imah, utk melawat mak long n pak long aku di semeling. disebabkan kami ni bari balik dr port klang.

ketiadaan mama kat umah,[sebab mama ke port klang utk menjga damia] menyebabkan aku dan imah pergi merayap di sekitar sp dan kemudian pergi ke semeling utk melepaskan kebosanan. cuma hari minggu shj aku leh merayap disebabkan aku ni patah kaki[ tidak mempunyai lesen kereta dan memerlukan driver utk ke pekan] so masa imah balik bercuti, dan masa ini lah aku berpeluang utk berjln melihat keindahan sp.

sampai je kat umah mak long, dengan silap masuk jalan, sebab ikut jln lain.. terpaksa mereversekan balik dan masuk ke lorong yg sebetulnya.

setibanya sampai di rumah mak long, aku dan imah, masuk ke dlm dan dudk di ruang tamu.. dan sempat lg mak long mempromote perfume one drop sebanyak rm5. imah ja yg beli.
dan semasa air sampai, aku minum dan sembg kejap.. dalam beberapa minit terasa tanganku kebas. aku hanya ckp digigit semut.

"semut selangor la tu" mak long aku ckp

"bisa semut tu" imah plak mengeluarkan kata, "amk minyak gamat, sapu jari tu"

aku hanya terasa kebas di sekitar tangan dan hanya mengurut setelah mak long memberkan aku ubat

sambungnya lg" nnt2 bengkak la tu, sehari dua baru dia surut, owg dah kena dah.."

aku hanya terus mengurut dan melihat tanganku semakin membengkak..

dan setibanya aku di rumah kelihatan tanganku sudah menjadi seperti dalan gambar dia atas.

mujurlah dia gigit di tangan kiri, klu x ssh la aku nk mkn kelak~~

setiap hari, aku hanya mengurut tanganku.

alhamdulillah, tanganku kembali seperti sedia kala~~

nota sampingan: masa di rumah tanganku sakit, dan semasa di plazarah kakiku sakit, cubaan utk aku~~



Friday, July 10, 2009

mr. crab

kejadian: dpn pintu rumah
masa: dlm pkl 6.00 ptg
mangsa: aku
suspek: iskandar, my bro
bukti: ketam yg diikat, sofa
saksi: tiada siapa di rumah, kecuali aku n adikku

ketam yg dilepaskan iktannya

tempat kejadian

kisah yg berlaku kira2 sebulan lalu, ketika adikku balik dari kerja.... aku yg dengar bunyi moto LC135 berlari dari dapur ke sofa utk membuat surprise kat dia, tgk2 dia yg surprisekan aku dengan membawa seekor ketam yg ditangkap oleh kawannya...

dia menghalakan ketam itu ke arahku..menjerit x terkata aku... walaupun ketam itu diikat tetap aku tetap geli nk pegang..

" nak amik p bawak kat dapur", katanya

aku yg takut melihat ketam itu hanya menggeleng kepala...

"masak k" sambungnya lagi.

"masak?" dengan muka terkejut " mna owg penah masak ketam ni, masak yg len pown x reti tambah masak ketam".

"senang ja.. masukkan ja dlm periuk n rebus, tu pown takut ke"

"ang je la wat, owg tgk je k"

aku ikut is g dapur dan tgk dia wat.. n kami mkn bersama-sama.. dia hanya mkn kaki ketam, aku mkn isi tengah ketam..

adik yg penyanyang, bg kakak dia mkn.. hahahaha~~

thankz is~~


Saturday, July 4, 2009

babysitter jap...


nur damia iman, my niece

hari ni bermula la perjalanan aku sebagai student forensik di bangi yg baru ditukarkan dari kampus kl....

lepas habis je short sem kat kl, sepatutnya da cuti seminggu, leh balik kg, memandangkan kak ja [kak ipar aku] so aku terpaksa tinggal di sini utk tgu nnt masuk sem baru kat sini.

masa aku jaga anak sedara aku tu, sehari je aku jaga, dia dah gatal2.. so along bawa g jumpa doktor, allergik katanya..saja dia x nk bg aku jaga tu...

selama 2 hari ni aku jaga dia, kena bg mandi, pakai baju, bancuh susu dan sebagainya.. yg paling x tahan tu aku kena main ngn dia.. main sepak2 bola.. hahahaha saja aku nk bg ganas sket~~
yg paling teruk lg, masa dia tidur, buai dia tu terpaksa aku njut2kan, klu x dia akan nangis... ADUHAI, mmg pg tu aku qadha la tido aku, lgpon kak ja dah balik dah, nasib bek la.. klu x mmg naseb badan...

hari pertama, pg tu g anta ke umah pengasuh, sebab aku x nk jaga sorg2, ssh.. anak sedara aku tu sgt aktif.. nnt abeh aku.. so aku ckp aku x nk jga dia sorg2... cuma mlm ja aku jga, x pa la da abah dia jgk..

hari kedua la, aku kena jga dia sebab kak ja dah balik dah.. so aku pgg buai sambil mata terpejam, phm2 je la mcm mner aku tido, dgr je dia menangis, mata aku i pown automatik bkk..

tu pasal jaga nur damia iman, anak sedara aku tu.. ni masa mia ke pengasuh, so aku pown tinggal la sorg2 kat rumah, aku nk try la masak, sebab aku ni x pandai masak.. tau aku masak ape??

ayam masak kicap
aku amik ayam ayamas frozen tu.. nk goreng tp nmpak mcm ringkas sgt, so aku nk wat rajin la, nk masak kicap, hasilnya masakan tu pedas..
siap dpt amaran lg dr along:
"klu masuk toilet, jga la ang, irah"
aku balas,"klu mcm tu, x payah la mkn"
mula2 igt dia x nk mkn, las2 mkn jga, tp x de la masuk toilet pown aku tgk

sambal daging
yg ni kira ok la.. tp ok pown masakan tu masam sebab aku letak byk sgt asam keping.. konon2 mama ckp klu letak asam keping, pedas tu leh kurang..

mcm ni je la aku habiskan masa kat umah along di port klang, sekali tu je aku masak, yg len aku tgu kak ja masak, x nk aku nk wat2 rajin.. rajin aku masak megi je...