Friday, August 5, 2011

::ilmu 2::


post ini adalah sebahagian dari part ilmu. kali ini aku nk bercerita berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku.lebih kurang mcm praktikal la.wahaha~

pada pendapat aku kan, manusia ni sebenarnya bodoh a.k.a tidak cerdik. kita dididik dengan ilmu sedikit demi sedikit sehingga kita mempelajari ilmu yang berada di dalam dunia ni, wpun sebenarnya ilmu itu sedikit berbanding dengan ilmu ALLAH.

mula2 kita boleh merangkak, berjalan, berlari, bercakap. lepas tu, kita belajar bercakap.lepas tu kita belajar dari tgk apa yang mak bapak kita wat, sebab tu la timbulnya peribahasa bapak borek anak rintik.

selepas tu, kita dihantar ke sekolah. belajar mengenai abjad, huruf, mengira dan sebagainya.

kesimpulannya kita kena belajar untuk mendapatkan ilmu kan2???

tapi kalau ilmu datang kepada kita tanpa kita pelajari. itulah ilmu Laduni. tetapi kita still kena cari guru untuk mendalami ilmu tu kan??? mcm NABI MUSA mencari NABI KHIDIR untuk mempelajari ilmu Laduni.

wujudkah ilmu Laduni zaman skrg ini??

---------------------------------------------------------

sebenarnya aku hendak menceritakan mengenai ILMU GHAIB.

semua org tau, pasti, kenal mengenai alam ghaib. ghaib tu apa? benda yg xnampk oleh pancaindera tetapi wujud di sekeliling kita kan2??

bila ghaib je org kaitkan dgn tahyul, khurafat, dan jgk MELAYU...

klu melayu ni, fuhhhh~ jumpa bomoh sana, jumpa bomoh sini, semata2 untuk mendapat kepuasan diri utk mengena org.

ada jgk bangsa cina pasal benda2 ni, tp aku jarang dgr....cina lebih dikenali sbg feng shui kot rasanya.

india pulak? rasanya diorang lebih percaya kepada sami di kuil. kan2?? cth mcm dalam menentukan diorang akan tetapkan tarikh perkahwinan berdasarkan tarikh lahir pasangan2. iye dak??

so maksudnya setiap bangsa ada kepercayaan masing2....

tetapi bila sebut aje Melayu: kemenyan berasap, air limau, air tmbh2 bunga dan kain kuning, dengan tangkalnya lah *berdasarkan apa yg kat dlm tv selalu aku tgk ada benda ni*



setahu aku, bomoh kat malaysia boleh terbahagi kepada tiga : bomoh siam, bomoh jawa, bomoh orang asli. *aku tya incik google*

semua bomoh-bomoh2 ni bg aku semua membela, maksudnya semua menggunakan perantaraan jin. hantu raya, jin tanah, toyol, dll. diorang2 ni hanya menurut kehendak tuannya. tetapi pada suatu masa nnt, jin2/hantu2/toyol ni akan memakan tuannya sendiri *klu salah, sila betulkan aku*

tuannya pulak, hanya mengikut kehendak2 pelanggan2 yang dtg.....

pelanggan2??? siapa tu??

itulah orang yang tidak takut dengan hukum Allah dan hanya tau untuk memuaskan diri dengan menganiaya orang lain. kerana hati kotor dengan perasaan PHD, cemburu, melihat kesenangan orang lain.

siapa kata semakin maju Malaysia, benda2 tahyul mahyul ni x wujud?? [benda ni la sekrg makin popular]

sebab itu wujudnya Darul Syifa', Darul Rukyah, Darul Syifa' Al-hikmah, As- Syakirin, dll iaitu perubatan menggunakan ayat Al-Quran.. untuk mengubati pesakit-pesakit yang terkena santau la buatan orang la, sihir la. dll

dan siapa kata g wat rawatan2 ni free? semuanya berduit. dan nk jumpa orang yang benar2 mau menolong adalah sgt sukar.

kesian kan untuk orang yang kena aniaya. kita xwat apa2 salah pun, tetiba kena sampuk, histeria. g scan2 kata ada makhluk halus, kena bayar. kalau sekali dua boleh baik xpe la jugak. klu sepanjang hidup mcm tu??? sampai ke mati???

tetapi benda ini xkan berlaku kalau bukan diizinkan Allah kan??

Bila Allah berkehendak serta menghendakinya, dan pabila Dia telah menetapkan sesuatu maka Allah berfirman kepadanya: "Jadilah", maka jadilah dia. Begitulah beberapa ungkapan ayat-ayat kun [jadi] maka faya kun [jadilah] dalam al-Qura’an.

biarlah, jika Allah diizinkan, maka kita seharusnya mampu untuk membentengkan segala benda yang terjadi kalau pegangan kita kuat kan????

ini aku nk bg petua sekiranya dikhuatiri diri anda dihuni makhluk halus

1- ayat ruqyah- ayat ni hanyalah potongan ayat al-quran. jika anda selalu sumbat earphone dengar lagu Bruno Mars, Linkin Park, dll.. apa kata try dengar dengan betul2 ayat Ruqyah, tgk apa kesannya kepada tubuh anda.
2- amalkan membaca Al-fatihah 7x dan Ayat Kursi 7 kali - diamalkan setiap pagi dan setiap petang untuk pelindungan dari syaitan dan jin.
3- jika anda terkena buatan orang- apa kata cuba amalkan ayat kursi 40x dan sedekahkan kepada orang yg menganiaya dengan niat mudah2an beliau akan bertaubat.
4- surah Al-kahfi - ayat 1-10 dan 10 ayat terakhir
5- selawat syifa pun ada kelebihan kalau kita amalkan setiap hari


~ korang nk kongsi petua untuk melindungi daripada jin dan syaitan ni??~ *aku maksudkan ayat al-quran*

~ini adalah sedikit sebanyak yang aku boleh kongsi. pengalaman hampir 4 tahun membuatkan aku ingin berkongsi dengan blogger2 ni~

ubat yang paling mujarab adalah ayat Al-quran, kerana Al-quran mempunyai mukjizat sampai ke akhir zaman.

note: apa kaitan ilmu laduni dgn ilmu alam ghaib yang aku hebohkan ini?? ada lagi satu post untuk korang nilai~

2 berkata-kata:

Usagi is me said...

well! islam kalo disalah tafsir akan membuat terpesong

Unknown said...

hmm~ biasalah manusia. selalu tersilap..