
Wednesday, March 10, 2010
-cinta monyet-

Sunday, April 26, 2009
nk tido x??
Cara mengatasi Susah tidur
Insomnia atau susah tidur sering dialami banyak orang, entah kerana kebiasaan atau kerana stres merosot dan sebagainya. Insomnia dapat di sembuhkan, Penyakit susah tidur bukan penyakit menular dan juga bukan penyakit turunan, ![]()
Mengenal Insomnia atau Penyakit susah tidur
Sebelum kita mengetahui cara mengatasi insomnia, baiknya kita mengenal dulu, apa dan bagaimana insomnia atau penyakit susah tidur itu? penyakit susah tidur adalah gejala kelainan dalam tidur berupa kesulitan berulang untuk tidur atau mempertahankan tidur walaupun ada kesempatan untuk itu. Gejala tersebut biasanya diikuti gangguan saat bangun.
Apa yang menyebabkan Insomnia?
Beberapa faktor yang menyebabkan Insomnia adalah, Makanan dan psikologi seseorang, makanan dan minuman sangat mempengaruhi keadaan tubuh seseorang, jika kita makan-makanan pedas pada malam hari, maka kita akan sangat mudah berjaga, apalagi makan cabai sekilo, bukan hanya insomnia yang di dapat, tapi juga cirit berpanjangan
Minuman pun juga demikian, Minuman yang mempengaruhi anda tetap terjaga pada malam hari adalah minuman yang mengandung kafein, Hindari Minum kopi pada malam hari, apalagi di tambah rokok , Wah susah utk tidur lg sepanjang malam tuh![]()
klu tmbh2 stress lg la ssh nk tido...
Mengatasi Insomnia dengan Mudah
Belajar untuk tidak tidur siang, mencoba untuk mengurangi kebiasaan minum kopi di malam hari jika anda penagih kopi, mengurangkan merokok pada malam hari, selalu luangkan waktu olah raga untuk menjaga menjaga tubuh tetap slim. bayar hutang anda jika anda adalah orang yang stress....
Selamat mencoba… jangan lupa cuci kaki sebelum tidur
Friday, April 17, 2009
thalesemia~~

ari ni da test utk test talesemia.. n saya berkesempatan nk wat~~ dulu dekat bangi da~~ tp saya x bekesempatan nk wat~~ kahkahkah~~ saja nk merelakan tgn ini disakiti utk mengambil darah saya~~ hihihihi~~ sebab skrg malaysia dah mewajibkan klu nk kwen nanti kena wat ujian thalasemia... klu wat kat hosp. kena bayar.. mayb sekarg murah tp nant2 mayb mahal kahkahkah~~[nk sep bajet la konon] hihihihi~~
- THALASEMIA DI MALAYSIA 5% atau 1 juta rakyat Malaysia dikenalpasti pembawa gene thalasemia pada tahun 2006 .200 - 350 dari bayi yang lahir setiap tahun menghidap thalasemia Jika tidak dirawat, kanak-kanak ini akan meninggal dunia pada usia 10 hingga 12 tahun. Kementerian Kesihatan melancarkan kempen pencegahan thalasemia menerusi ujian darah sejak awal 2006
- JENIS-JENIS THALASEMIA Dua jenis thalasemia yang lebih kerap didapati di Malaysia ialah Thalasemia alpha (α) dan Thalasemia beta (β) . Simptom yang dihadapi bergantung pada jenis thalassemia serta tahap penyakit. Thalasemia boleh dibahagikan mengikut tahap seriusnya iaitu Thalasemia Major, Intermedia dan Minor
- KESAN ATAU SIMPTOM THALASEMIA 1 Letih sepanjang masa Anggota tubuh seperti bibir, lidah, tangan dan kaki pucat. Hilang selera makan ,Limpa membesar menyebabkan perut atau abdomen membengkak ,. Kecacatan tulang muka
- KESAN ATAU SIMPTOM THALASEMIA 2 , Kanak-kanak terbantut tumbesarannya , Sum-sum tulang gagal menghasilkan sel darah merah ,Jantung dan organ penting lain gagal berfungsi disebabkan kekurangan oksigen
- THALASEMIA MINOR ,Penghidap thalasemia minor biasanya sihat kerana tahap anemianya tidak serius (Hb 8 - 9g /dl) , Kesan thalasemia mungkin hanya kelihatan setelah pesakit memasuki alam persekolahan,Kadangkala pesakit tiada simptom langsung dan penyakitnya hanya dikesan melalui ujian darah contohnya semasa mengandung. Pesakit juga pembawa gene thalasemia yang boleh diwariskan kepada anaknya
- THALASEMIA MAJOR 1 . Simptom mungkin ada sejak lahir atau lebih ketara dari usia 3 bulan .Bayi mungkin lesu, pucat dan sesak nafas (Hb 3 - 4 g/dl) Lama-kelamaan anak semakin lemah dan kurang menyusu . Limpa dan hati membengkak menyebabkan bahagian abdomen membesar . Ujian darah akan diambil untuk mengesahkan diagnosis
- THALASEMIA MAJOR 2 . Pemindahan darah biasanya diperlukan tiga hingga empat minggu sekali untuk mengekalkan tahap Hb yang optima . Penerimaan darah berterusan menyebabkan lebihan zat besi yang berkumpul di dalam badan. Lebihan zat besi ini boleh merosakkan jantung, hati dan pankreas yang mengakibatkan pesakit menemui ajal semasa remaja. Ubat Desferral boleh diambil untuk mengatasi masalah lebihan besi ini
- THALASEMIA MAJOR 3 . Apabila anak semakin besar, dia mungkin perlu menjalani pembedahan untuk membuang limpa. Dia juga perlu memakan ubat antibiotik sepanjang hayat setelah limpa dibuang. Masa hadapan pesakit thalasemia major kini lebih cerah dengan penemuan ubat baru untuk mengatasi masalah lebihan besi di dalam badan
- THALASEMIA PENYAKIT KETURUNAN 4 gene diperlukan untuk menghasilkan Hb. Setiap orang memperoleh dua gene dari ayah dan 2 gene dari ibu . Semakin banyak gene yang terjejas yang diwarisi, semakin serius thalasemia yang dihidapi
- BAGAIMANA DIWARISI? Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa, keadaan berikut boleh berlaku: 25% kemungkinan anak berpenyakit thalasemia 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa 25% kemungkinan anak mereka adalah normal
- CONTOH : Anda dan pasangan pembawa gene thalasemia beta
- BOLEHKAH IA DICEGAH? Pasangan yang ingin berumahtangga perlu lebih peka akan status kesihatan masing-masing Ujian darah sebelum berkahwin dapat mengesan penyakit HIV dan penyakit lain seperti thalasemia . Jika kedua suami isteri menghidap thalasemia, pakar genetik boleh memberi kaunseling sebelum memulakan keluarga. Jika isteri sudah mengandung, diagnosis pranatal boleh dilakukan untuk mengetahui samada janin di dalam kandungan terjejas
- KESIMPULAN. Setiap individu wajar melakukan ujian darah untuk mengesan penyakit thalasemia. Jika didapati positif, saudara terdekat (adik- beradik) perlu mengetahuinya dan pastikan mereka juga menjalani ujian darah. Jika belum berumahtangga, pastikan bakal teman hidup anda juga menjalani ujian ini .Anak-anak yang kedua ibubapanya pembawa gene perlu dipastikan status mereka untuk panduan masa.
