Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Thursday, March 29, 2012

::ikatkan hati ini::

~sila besarkan untuk melihat~
rabitah hati ini adalah sebahagian daripada doa pada akhir al-mathurat. ini adalah ringkasan doa rabitah.

nota kaki: aku rindu kehidupan di sekolah dahulu~

*background: ladang anggur, sik, kedah*



Tuesday, March 27, 2012

::lima itu lima ini::


memandangkan semua sekarang tengah sibuk dgn hal tesis masing-masing. dengan presentation bakal menjelang, marilah sama2 kita merenung ayat-ayat dari Al-Quran dan hadis  Rasulullah saw.

Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-Asr ayat 1-3 yang bermaksud :

 "Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mereka berpusu-pusu dengan kebenaran dan berpusu-pusu dengan kesabaran."


عَنْ عَمْرِو بْنِ مَيْمُونٍ الْأَوْدِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِرَجُلٍ وَهُوَ يَعِظهُ اِغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْل خَمْسٍ شَبَابَكَ قَبْل هَرَمِكَ وَصِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ وَغِنَاكَ قَبْلَ فَقْرِكَ وَفَرَاغَكَ قَبْلَ شُغْلِكَ وَحَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ. (ابن المبارك في الزهد)

Dari `Amr bin Maimun al-Audi r.a., katanya: Rasulullah s.a.w., bersabda kepada seorang, menasihatkannya: "Rebutlah peluang lima keadaan sebelum datangnya lima yang lain, - keadaan mudamu sebelum datangnya keadaan tuamu dan keadaan sihatmu sebelum datangnya keadaan sakitmu dan keadaanmu berada sebelum datangnya keadaanmu berhajat dan keadaan lapangmu sebelum datangnya keadaan sibukmu dan keadaanmu masih hidup sebelum datangnya matimu."
(Tirmizi)

nota kaki: semua sudah berkumpul di sini. dan aku masih tidak berpeluang untuk berjumpa mereka. 

Tuesday, March 20, 2012

~motivasi untuk diri ini~

 


apabila ditimpa sesuatu musibah,
diri ini sering menyatakan aku tidak mampu menghadapinya,
dan mampu menyalahkan takdir
" kenapa perkara ini perlu berlaku kepadaku dan tidak kepada orang lain"

dan sesungguhnya Allah swt Maha Mengetahui
kebolehan kita, kemampuan kita
oleh itu Dia menurunkan memberikan dugaan yang sesuai dengan kemampuan kita

Dia ingin menguji adakah kita akan ingat kepadaNYA
ataupun kita semakin melupakan
ingatlah bahawa solat dan sabar mampu menyelesaikan 
diikuti dengan usaha yang gigih dalam menjalani cabaran ini.

~orang xfaham apa yang kita telah lalui, dan hanya kita sahajalah yang faham dengan diri kita sebagaimana kita melihat diri kita sendiri~

nota kaki: hidup umpama roda, dan kadang ke bawah kadang ke atas. xselamanya kita di bawah. percaya kepada janji Allah. dan insyaAllah kita akan merasai ketenangan dugaan itu~

pesanan untuk diri sendiri supaya lebih mengingatMU. dan jangan cepat menghukum orang sebelum mengetahui asal usulnya~

sekian~

Sunday, February 12, 2012

::salahkan orang lain::

jika itu adalah manusia
mesti dia tidak akan mengaku dimana silap dan salahnya, 
jika itu adalah manusia, 
mesti dia akan mencari salah orang lain, 
untuk menutup salahnya sendiri,
jika itu manusia, 
mesti dia inginkan yang terbaik yang mampu beliau lakukan
tidak mahu ada yang kurang mahupun tidak lengkap.
jika itu manusia
sesiapa tidak boleh lebih daripada beliau.
macam-macam dilakukan oleh manusia itu, 
untuk memuaskan hatinya.
kenapa perlu begitu?
kenapa perlu melukakan hati orang lain demi mencapai kepuasan diri?
adakah disebabkan SATISFACTION? KEPUASAN? 
ingin orang lain memandang tinggi kepada beliau.

kenapa tidak bersikap begitu dengan ALLAH?
penuh beribadat untuk berdepan dengan ALLAH
nak ALLAh pandang kita, lihat kita, walaupun ALLAH tidak pernah melupakan setiap dari makhlukNya~
manakala kita mudah lupa kepada ALLAH
lebih cintakan kepada keduniaan~

Tuesday, January 31, 2012

sabar separuh dari iman ke?


Rasulullah SAW bersabda, "Kesabaran merupakan "dhiya' " (cahaya yang amat terang). (HR Muslim)

Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR Baihaqi)

Rasulullah SAW bersabda, "Iman terbagi dua, separuh dalam sabar dan separuh dalam syukur". (HR Al-Baihaqi)

Rasulullah SAW bersabda,"Sungguh beruntung orang yang beriman, karena segala perkara adalah kebajikan. Jika dia mendapatkan kenikmatan, dia bersyukur (dia mendapat pahala kebajikan) dan jika dia ditimpa musibah, dia sabar (dia mendapat pahala kebajikan juga)." (HR. Muslim)

Saiyidina Ali Abu Talib k.a.w pernah bermadah, maksudnya: Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa.
Dari Ummu Al-Ala', dia berkata : "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menjengukku tatkala aku sedang sakit, lalu baginda berkata. 'Gembirakanlah wahai Ummu Al-Ala'. Sesungguhnya sakitnya orang Muslim itu membuatkan Allah mengampunkan dosa-dosanya, sebagaimana api yang menghilangkan kotoran pada emas dan perak". (HR Abu Daud)

Dari Sa'id bin Abi Waqqash Radhiyallahu anhu, dia berkata. 'Aku pernah bertanya : Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling keras cobaannya ? Beliau menjawab: Para nabi, kemudian orang pilihan dan orang pilihan lagi. Maka seseorang akan diuji menurut agamanya. Apabila agamanya merupakan (agama) yang kuat, maka dugaaannya juga berat. Dan, apabila di dalam agamanya ada kelemahan, maka dia akan diuji menurut agamanya. Tidaklah dugaan menyusahkan seorang hamba sehingga ia meninggalkannya berjalan di atas bumi dan tidak ada satu kesalahan pun pada dirinya". (HR Ibnu Majah)

Rasulullah SAW bersabda, "dugaan tetap akan menimpa atas diri orang mukmin dan mukminah, anak dan juga hartanya, sehingga dia bersua Allah dan pada dirinya tidak ada lagi satu kesalahan pun". (HR Al-Hakim)

Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang muslim menderita sakit karena suatu penyakit dan juga lainnya, melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya". (HR Bukhari, Muslim)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut”. (Riwayat al-Hakim)

Dari Anas bin Malik, dia berkata. "Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam berkata. "Artinya :
Sesungguhnya Allah berfirman. 'Apabila Aku menguji hamba-Ku (dengan kebutaan) pada kedua matanya lalu dia bersabar, maka Aku akan mengganti kedua matanya itu dengan syurga". (HR Bukhari)

Allah berfirman, "Dan bersabarlah kamu, karena sesungguhnya Allah itu bersama orang yang sabar." (Al Anfaal : 46 )

Allah SWT berfirman : "Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar." ( Ali Imran : 146)

Rasulullah SAW pernah menggambarkan: "Sesiapa yang mensabar-sabarkan diri (berusaha untuk sabar), maka Allah akan menjadikannya orang yang sabar". 


(HR. Bukhari)

---------------------------------------------------------------------------------------

sedikit tazkirah utk hari ini.
ataupun dalam erti kata lain aku perlu belajar banyak bersabar dalam sepanjang cuti ini.
bersabar dalam banyak perkara.
setiap kali berlaku banyak perkara.banyak perkara yang tidak memuaskan hati orang. dan aku perlu belajar erti BERSABAR.


masa kecik2, sudah sebati dalam diri bahawa sabar itu separuh dari iman. tetapi masa besaq ni ataupun sudah tua, diri menyatakan bahawa sabar itu sebahagian iman.


klu separuh dari iman, mknanya separuh lagi apa dia? iman byk ertinya. kan? tapi Rasulullah pernah bersabda bahawa "Iman terbagi dua, separuh dalam sabar dan separuh dalam syukur
 dan percayalah kesabaran seseorang itu ada hadnya. ada masanya kesabaran itu akan diuji dan pecahlah kemarahan dalamnya. dan hanya orang yang sentiasa berzikir dan beringat kepada Allah hanya mampu bersabar sepenuhnya. betul x cakap aku? bila diri kita berda dalam keadaan kotor, contohnya time period, waktu itulah satu-satunya yang kesabaran tidak dapat dikawal.

dan kadang2 kita perlukan pendengar yang baik utk meluahkan ketidakpuasan hati kita. terima kasih yang sudi mendengar.

kita perlu bersabar dalam
1- sikap/perbuatan orang lain yang kita tidak puas hati
2- sikap/perbuatan kita yang orang lain tidak puas hati 
3- percakapan orang lain yang menyakitkan kita dll


kadang2 kenapa kita perlu memikirkan hal orang lain, cukuplah sekadar kita amik tahu hal kita je.


walaupun sebenarnya kita mmg xamik tahu, tp orang lain yang terlebih amik tahu hal kita.


dan tulah kita perlu bersabar. berikan aku satu cara utk bersabar?


thanks for reading~ kbai.






~sekadar ingin berkongsi~





Tuesday, August 2, 2011

::selamat berpuasa::

sumber: kredit to Lukisan Bercerita


Ramadhan 1432H. Assalamualaikum diucapkan.
mudah2an ramadhan kali ini membawa aku mendekati Allah.
bolehkah aku menempuhinya?
melawan hawa nafsu ini
menggunakan peluang yang diberikan
menghabiskan masa dengan perkara berfaedah
untuk merebut masa
sebulan dahulu dan kini lain.
skrg tuptap tuptap dah sebulan.
cepatnya masa berlalu


belum ramadhan, semua sibuk utk bersyawal
promosi merdeka rayalah
promosi raya merdekalah
promosi kuih raya
promosi baju raya
promosi perabot raya
promosi perut raya eh???
walau apapun promosi~

jangan lupakan PROMOSI RAMADHAN
lailatulqadar, terawih, zakat
serta membanyakkan amalan2 sunat yang lain
=)

dan jgn lupa yg wajibnya iaitu PUASA, bukan setakat menahan makan minum shj tetapi menahan nafsu.
dan aku harap aku mampu menjadikan ramadhan kali ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya
~amin~

note ramadhan:
selamat berpuasa * rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkannya kan wpun hari ini sudah hari ke-2*

errrr~ baju raya dah beli???? hehehe
eh salah.....

korang PUASA ari ni?

Wednesday, March 10, 2010

-cinta monyet-


Usia masih setahun jagung dan masih bersekolah namun sudah mempunyai keinginan bercinta dan mempunyai teman lelaki.

Lebih menakutkan, ada yang sanggup mengenepikan ke luarga dan mengabaikan persekolahan kerana taksub pada emosi.

Sukar mengagak apa sebenarnya kehendak remaja hari ini terutama yang masih belajar. Meskipun guru mahupun keluarga sudah puas memberi nasihat, gelodak perasaan mengatasi pertimbangan akal.

Menghadapi situasi ini, guru terutama kaunselor berada dalam dilema, antara memikul tanggungjawab dan me mahami kehendak pelajar.

Mereka cuba mengimbangi kedua-duanya supaya tidak dikatakan berat sebelah.

Guru kaunselor di sebuah sekolah menengah di Shah Alam, Selangor, Norlela Abdul Rahman, berkata dia cuba me mahami kehendak sebenar pelajar terutama berkaitan emosi.

Menurutnya, tumbesaran fizikal dan emosi remaja hari ini berbeza selain pengaruh persekitaran luas dan mencabar menjadikan mereka lebih cepat dewasa.

“Pelajar dulu tidak memperoleh maklumat yang cepat, ruang pergaulan terhad serta masih berpegang pada rasa hormat kepada ibu bapa menjadikan emosi atau pergerakan mudah dikawal.

“Sebaliknya, pelajar hari ini memperoleh maklumat di hujung jari, institusi keluarga juga sudah renggang men jadikan mereka lebih matang dan berani menyahut per mainan emosi daripada rakan berlawanan jenis.

“Masalahnya, apabila masyarakat melihat situasi ini, sudah tentu tidak suka manakala guru pula pening kepala sebab pada masa ini, mereka seharusnya menumpukan perhatian pada sekolah bukan teman lelaki,” katanya.

Media massa sering memaparkan tragedi atau permasalahan membabitkan pelajar sekolah yang masih remaja terjebak dalam kemelut percintaan usia muda.

Permainan emosi itu secara tidak langsung menimbulkan polemik di kalangan masyarakat yang menganggapnya penyakit sosial yang perlu ditangani segera.

Apatah lagi dengan pelbagai kes seperti bohsia dan rogol yang membuatkan masyarakat tidak menggemarkan senario itu.

Mengulas mengenai pertikaian isu ketidakfahaman ke hendak golongan muda, Norlela berkata, perasaan tidak puas hati pelajar terhadap guru, ibu bapa atau masyarakat tidak dapat dielakkan.

Menurutnya, tanggapan pelajar ini ialah mereka dikongkong dan tidak dipercayai selain menganggap emosi bersifat sub jektif serta tidak mampu dikawal.

“Selalunya, itulah anggapan pelajar. Masalahnya kedua-dua pihak melihat konteks itu daripada perspektif berbeza, go longan muda mahukan kebebasan tapi golongan dewasa beranggapan masanya belum sesuai.

“Konflik tercetus dan jika tidak diselesaikan akan me lebarkan jurang perbezaan itu. Jalan penyelesaian ada tapi caranya pula tidak kena seperti salah seorang menunjukkan kuasa veto menyebabkan penolakan ketara.

“Berdasarkan pengalaman, semakin ditolak, pelajar ini akan menunjukkan pemberontakan dan membina sikap ingin mencuba hingga akhirnya tidak mampu dikawal. Jika sampai tahap ini, sukar mendampingi mereka kecuali jika timbul kesedaran untuk berubah,” katanya.

Ditanya mengenai kaedah sesuai menangani masalah emosi pelajar sekolah, menurutnya, penumpuan aspek asas seperti komunikasi dua hala sangat berkesan.

“Malangnya, kebanyakan ibu bapa tidak mahu mengambil berat atau bercakap dengan anak malah memberi sepatah dua kata nasihat pun susah. Mereka lebih pentingkan aspek ekonomi berbanding keperluan emosi anak.

“Apabila sering diabaikan, sudah tentu mereka mencari orang mengambil berat, contohnya kekasih. Apabila setiap hari berkongsi masalah, emosi boleh berubah sekali gus melalaikan dan lari daripada tujuan asal iaitu belajar.

“Emosi itu khayalan, tapi mereka rasa lega dan gembira. Selepas itu, mula merancang masa depan, melakukan perkara di luar batasan menyebabkan masyarakat tidak dapat terima,” katanya.

Mengenai pelajar bercinta pada usia muda, beliau berkata, perubahan zaman menyebabkan perasaan itu tidak wajar dipersalahkan asal boleh menjuruskan pada landasan po sitif.

“Emosi bersifat subjektif, jadi sukar halang keinginan itu, cuma pelajar perlu diberi bimbingan agar menjuruskan perasaan itu bagi mencerna kecemerlangan. Contohnya, menjadikan matlamat hidup bersama masa depan dengan belajar bersungguh-sungguh.

“Ibu bapa pula janganlah terlalu mengongkong anak, se baliknya beri panduan apa yang boleh dilakukan dan tidak ketika belajar. Saya percaya, jika ada kemesraan, jalinan ikatan kekeluargaan erat dan dengan sikap mengambil berat masalah emosi pelajar boleh diatasi,” katanya.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
bercinta itu x salah, tp cara kita itulah yg menyebabkan kita salah pertimbangan.. terlalu taksub dengan bercinta sehingga lupa keadaan di sekeliling.. terlalu asyik dengan dunia bercinta...

jika aku dahulu bercinta, dlm pengawasan abgku sebab abg waris terdekat di sini... itupun jodoh xpnjg.. tersekat di tgh jln... tmbh klu xde pengawasan, kita wat ikut suka hati kita.. klu kita pndai jaga diri xpa, klu x?? lu pikir2 la sendiri....

-the end-

Saturday, April 18, 2009

amik iktibar~

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.
Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.
Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.
Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci.
Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati.. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

just for u


adakah anda tau, 
setiap kali anda sakit, setiap kali anda dlm kesusahan, anda tidak pernah memaklumkan kepada saya. saya paham anda tidak mahu menyusahkan saya. tp tidak pada saya, setiap kali anda melupakan saya, saya rasa anda semakin benci utk saya merasai kesusahan yang anda alami. biarlah apa-apa masalah kita selesaikan sendiri. jangan amik mudah dengan setiap apa yang berlaku. tidak mahu saya ketahui, sehingga hilang khabar berita tentang anda. saya sedih. setiap ari saya memikirkan anda. kemana pergi nama anda sentiasa disebut oleh kami. anda tidak tahu. sejauh mana anda pergi, anda tidak akan terlepas dari kami, itu anda perlu tahu. 

tahukah anda, 
setiap kali di bibir menyatakan benci, setiap kali itulah semakin sayang kami pada anda. adakah anda memahaminya? anda hilang begitu sahaja. tidak ada apa pown yang kami tahu ttg anda sekarg ni. anda sihat ke x? saya cuma tidak mahu sejarah berulang kembali. dahulu kita susah sama-sama kenapa tidak sekarg? even klu da disebabkan seseorg kita tidak boleh berhubung. adakah itu yg anda takutkan. selama mana anda kenal saya. saya mempercayai anda. setiap tutur kata yg anda berikan saya percaya, saya tidak pernah meragui anda.

tahukah anda, 
saya tahu anda juga ingin kami bersama anda tapi anda terpaksa, anda sanggup menempuhinya seorang diri. tapi andakah anda terpikir, masalah ni masalah kita bersama. dugaan kita bersama. mayb benda ni akan berulang kepada saya. atau anda hanya melindungi saya. dahulu anda pernah melindungi saya akibat dari perbuatan manusia yg tidak bermoral, lupa pada penciptanya. masa tu kita sama-sama mencari penyelesaiannya, setiap masalah itu ada penyelesaiannya. dan setiap kali anda mendiamkan diri, setiap kali itulah masalah itu tidak dapat diselesaikan. tempat anda dan tempat saya tidaklah jauh. kita boleh pk yg mna baik dan yg mna buruk. janji itu dapat membaikkan anda. dan kehidupan anda akan menjadi seperti dahulu.

tahukah anda?
saya benar-benar berharap anda akan menghubungi saya, sebab saya tidak mahu anda terasa yg saya ni orang yg tidak boleh dipercayai. tidakkah anda tahu mereka yg mengetahui khabar anda berasa sangat gembira kerana sudah lama tidak mengetahui khabar anda.  anda seharusnya paham keadaan ini. anda juga ingin mengetahui khabar kami juga kan... hubungan yang kita ada ini bukanlah mainan semata-mata. sepatutnya bersama-sama ketika senang dan susah. sekarg saya tahu anda sgt semsitive dan saya harap anda tidak melupakan saya, kami. saya harap anda bahagia berada disampingnya. dan saya harap dia akan menjaga sebaiknya.

anda sedang dlm keadaan itu, mesti anda phm kan perasaan dia di jauh, ingin mengetahui anda bagaimana... segalanya dia wat untuk kebaikan anda, kesejahteraan anda, apa yg anda inginkan dia penuhi dengan segera. anda tidak hiraukannya pown dia tidak berkata apa. tp adakah anda tahu yg dia sedang menangis dalam hatinya. anda simpan semua rahsianya, even kami pown anda tidak memberitahu. sampai rahsia itu betul-betul meletup. adakah anda tahu??? sepatutnya anda kena memahaminya. dahulu anda rapat dengan nya.. sekarang pa dah jadi???
adakah itu yg anda inginkan. berada jauh daripadanya. dan menyakiti hatinya????

saya tahu hubungan kita tidak dapat dipisahkan. saya cuma tidak mahu sejarah yg lalu berulang kembali dan kita yg berada di bawah ni hanya terpinga-pinga melihat org lain....... so saya harap anda paham apa yg saya ingin sampaikan ini. 

kekeliruan dalam kata nama amatlah ingin dijauhi.. sila paham dengan perlahan-lahan.

just copy n paste~~

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama
masalah.
Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar
berlipat ganda.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh2 bandar raya.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.
Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "
Seorang teman pernah berpesan..
"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

Monday, April 13, 2009

i luv Muhammad




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Saturday, April 4, 2009

seekor rama-rama~~


satu hari aku duduk di tingkap melihat sebiji kepompong tergantung-gantung pada ranting pokok bunga. aku hanya memerhatikan lubang kecil yang terdapat pada kepompong tersebut. setelah beberapa jam menanti, keluar kaki-kaki halus seekor rama-rama dari lubang berkenaan. tanpa berputus asa rama-rama menolak badannya keluar tetapi kelihatan amat payah sekali untuk meloloskan diri. akhirnya rama-rama itu berhenti. ia tidak berdaya lagi. kasihan melihat serengga itu, aku mengambil gunting dan membesarkan lubang kepompong tersebut.
keluarlah seekor rama-rama cantik tp sayapnya terkatup. aku menanti rama-rama itu mengembangkan sayap yang berwarna kuning, biru hitam. aku tidak sabar hendak melihat serangga berkenaan terbang dari kuntuman bunga ke kuntuman bunga lain untuk menghisap madu. tapi apa yang aku harapkan tidak tertunai. rama-rama itu terlalu lemah. ia hanya boleh merayap dari ranting-ranting, mengheret badannya yang besar penuh sukar. akhirnya jatuh ke tanah.

niat aku mmg baik tp aku tidak paham fitrah perjalanan hidup ini. secara semulajadinya rama-rama memerlukan masa berjam-jam sebelum berjaya keluar. pergelutan atu adalah proses semula jadi supaya badan dan sayapnya benar-benar kuat apabila bebas dari kepompongnya. rama-rama yang keluar dari kepompong samalah bayi yang lahir tidak cukup bulan.
begitulah kehidupan ini. perjuangan dan tekanan itu amat penting. jika semua berlaku tanpa sebarang rintangan, ia akan membuatkan kita lema. kita tidak akan menjadi kuat, matanng dan bertenaga dalam menghadapi rintangan dlm mengharungi kehidupan kita yang penuh ranjau ni.malah kita tidak boleh terbang bebas langsung. oleh itu jadikanlah setiap rintangan sebagai satu peluang untuk kita terus mengorak langkah positif dalam menghadapi hidup ini