Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR Baihaqi)
Rasulullah SAW bersabda, "Iman terbagi dua, separuh dalam sabar dan separuh dalam syukur". (HR Al-Baihaqi)
Rasulullah SAW bersabda,"Sungguh beruntung orang yang beriman, karena segala perkara adalah kebajikan. Jika dia mendapatkan kenikmatan, dia bersyukur (dia mendapat pahala kebajikan) dan jika dia ditimpa musibah, dia sabar (dia mendapat pahala kebajikan juga)." (HR. Muslim)
Saiyidina Ali Abu Talib k.a.w pernah bermadah, maksudnya: Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa.
Dari Ummu Al-Ala', dia berkata : "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menjengukku tatkala aku sedang sakit, lalu baginda berkata. 'Gembirakanlah wahai Ummu Al-Ala'. Sesungguhnya sakitnya orang Muslim itu membuatkan Allah mengampunkan dosa-dosanya, sebagaimana api yang menghilangkan kotoran pada emas dan perak". (HR Abu Daud)
Dari Sa'id bin Abi Waqqash Radhiyallahu anhu, dia berkata. 'Aku pernah bertanya : Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling keras cobaannya ? Beliau menjawab: Para nabi, kemudian orang pilihan dan orang pilihan lagi. Maka seseorang akan diuji menurut agamanya. Apabila agamanya merupakan (agama) yang kuat, maka dugaaannya juga berat. Dan, apabila di dalam agamanya ada kelemahan, maka dia akan diuji menurut agamanya. Tidaklah dugaan menyusahkan seorang hamba sehingga ia meninggalkannya berjalan di atas bumi dan tidak ada satu kesalahan pun pada dirinya". (HR Ibnu Majah)
Rasulullah SAW bersabda, "dugaan tetap akan menimpa atas diri orang mukmin dan mukminah, anak dan juga hartanya, sehingga dia bersua Allah dan pada dirinya tidak ada lagi satu kesalahan pun". (HR Al-Hakim)
Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang muslim menderita sakit karena suatu penyakit dan juga lainnya, melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya". (HR Bukhari, Muslim)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut”. (Riwayat al-Hakim)
Dari Anas bin Malik, dia berkata. "Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam berkata. "Artinya :
Sesungguhnya Allah berfirman. 'Apabila Aku menguji hamba-Ku (dengan kebutaan) pada kedua matanya lalu dia bersabar, maka Aku akan mengganti kedua matanya itu dengan syurga". (HR Bukhari)
Allah berfirman, "Dan bersabarlah kamu, karena sesungguhnya Allah itu bersama orang yang sabar." (Al Anfaal : 46 )
Allah SWT berfirman : "Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar." ( Ali Imran : 146)
Rasulullah SAW pernah menggambarkan: "Sesiapa yang mensabar-sabarkan diri (berusaha untuk sabar), maka Allah akan menjadikannya orang yang sabar".
(HR. Bukhari)
---------------------------------------------------------------------------------------
sedikit tazkirah utk hari ini.
ataupun dalam erti kata lain aku perlu belajar banyak bersabar dalam sepanjang cuti ini.
bersabar dalam banyak perkara.
setiap kali berlaku banyak perkara.banyak perkara yang tidak memuaskan hati orang. dan aku perlu belajar erti BERSABAR.
masa kecik2, sudah sebati dalam diri bahawa sabar itu separuh dari iman. tetapi masa besaq ni ataupun sudah tua, diri menyatakan bahawa sabar itu sebahagian iman.
klu separuh dari iman, mknanya separuh lagi apa dia? iman byk ertinya. kan? tapi Rasulullah pernah bersabda bahawa "Iman terbagi dua, separuh dalam sabar dan separuh dalam syukurdan percayalah kesabaran seseorang itu ada hadnya. ada masanya kesabaran itu akan diuji dan pecahlah kemarahan dalamnya. dan hanya orang yang sentiasa berzikir dan beringat kepada Allah hanya mampu bersabar sepenuhnya. betul x cakap aku? bila diri kita berda dalam keadaan kotor, contohnya time period, waktu itulah satu-satunya yang kesabaran tidak dapat dikawal.
dan kadang2 kita perlukan pendengar yang baik utk meluahkan ketidakpuasan hati kita. terima kasih yang sudi mendengar.
kita perlu bersabar dalam
1- sikap/perbuatan orang lain yang kita tidak puas hati
2- sikap/perbuatan kita yang orang lain tidak puas hati
3- percakapan orang lain yang menyakitkan kita dll
kadang2 kenapa kita perlu memikirkan hal orang lain, cukuplah sekadar kita amik tahu hal kita je.
walaupun sebenarnya kita mmg xamik tahu, tp orang lain yang terlebih amik tahu hal kita.
dan tulah kita perlu bersabar. berikan aku satu cara utk bersabar?
thanks for reading~ kbai.
![]() |
| ~sekadar ingin berkongsi~ |




0 berkata-kata:
Post a Comment