Monday, June 20, 2011

::selamat hari abah::



apabila lahirnya seorang anak itu,
si abah berasa gembira kerana dapat
menambahkan umat Nabi Muhammad SAW
dijaga dengan kasih sayang
dibelai dengan tangan
memenuhi segala kemahuan anak
si abah keluar mencari rezeki
siang dan malam
demi menggembirakan si anak-anak

anak-anak membesar dengan gembira
dimarah, dirotan, sebab menyayangi si anak
mahukan si anak menjadi yang terbaik suatu hari nanti
si anak menangis
si anak merintih
si anak merayu
si anak meminta

kini semua tangisan, rintihan,
rayuan dan pintaan semakin pudar,
Hanya Al-Fatihah dan doa dititipkan
Moga roh abah selamat bersemadi disisi para As-Sollihin
Hibanya hati mengenang kembali
Janji seorang anak belum sempat ku tunaikan




DARIPADA Abu Hurairah, Rasulullah ada bersabda, bermaksud: “Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang salih yang berdoa untuknya.” – (Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad. Mustika Hadis 3:312)



note:mudah2an aku dapat menjadi anak yg solehah,
note:muka arwah abah aku mcm salih yaakob.selalu klu SY keluar tv, mst aku ckp, "abah ada kat tv"
note: kpd ayah, papa, daddy, baba, apak,dad, bakal2 bapa2
SELAMAT HARI AYAH,PAPA,DADDY,ABAH,APAK,BABA

2 berkata-kata:

Noor Fatin said...

doa banyak2 utk arwah abah ko..

Unknown said...

insyaAllah