Monday, December 22, 2014

Kemas rumah. Rocco. Kutu kucing

Bila mana td masa tgk tv, dan seperti biasa Rocco akan duduk sekali.

Dan aku cakap, "ada kutu"

Maka aku pun tangkap dan matikan kutu tu dan buang ke tingkap rumah.

Dan adik pun tanya,"Rocco ada kutu?"

Aku pun berkata,"Mestilah ada sebab dia berbulu"

Adik bertanya,"kita berjangkit x"

Dan aku selambanya menjawab tak...

Walaupun sebenarnya mmglah kutu tu tidak merebak ke manusia tapi kutu ni membawa pemyakit gatal bila kena gigit.

Seperti biasa kutu hanya akan duduk di karpet,sofa,dan kawasan yang seangkatan dengannya. Sebab kita kan mst akan duduk di situ.

Dan dr sumber blog aku cari, dia nasihatkan supaya aku kena vacum selalu rumah atau lebih dikenali sebagai mengemas rumah la. Istilah mengemas rumah pada aku hanyalah sapu dan mop lantai. Tp kalau vacum ni.. hurmmm,kita ni rumah bujang je...

Maybe aku patut masukkan vacum aku dlm wishlist 2015 nnt.

Dan aku dpt ringkaskan bahawa cara utk kemaskan rumah dr gangguan hama dan kutu ni

1. Gunakan lemon.. didihkan dan simpan semalaman then dibiarkan semalaman. Dan bubuh dalam bekas spray dan spray kawasan yang disyaki. Maksudnya carpet,sofa,tilam dll

2. Gunakan garam. Taburkan dalam rumah semalaman. Dan kemudian bersihkan rumah.

3. Gunakan semangkuk air dan lilin. Caranya ialah tutup lampu then pasang lilin dan letak berdekatan dengan air tu.

4. Gunakan sabun anti-bakteria utk mandi.

5. Rajin2kanlah mandikan Rocco juga boleh dijadikan cara utk kurangkan kutu tu.  Dengan cara 1 dan 2. Xpun beli shj product utk hilangkan kutu kucing..

Yang pastinya,aku kena mencuba dahulu baru aku bgtau cara ni berkesan ke tidak.

Dan minggu ni aku menghabis masa dengan mop seluruh rumah sebab bau yang tidak tau berpunca dr mana. Dan selesai utk minggu ni.

Kita bkal cuci rumah dengan cara baru.

Nota kaki: cara2 tu aku hanya amik dari kebanyakan blog yang tulis pasal kutu kucing.

Nnt klu berkesan aku buat cerita baru. Klu x berkesan tu aku bgtau.

0 berkata-kata: