Monday, March 19, 2012

aku, facebook, twitter, dll~

fenomena zaman skrg, semua mesti ada facebook. xpe xberonline setiap hari. asalkan apabila ditanya, anda mampu memberikan email utk diadd. xpun mampu memberikan nama facebook. 


segala hal dikongsi : bangun pkul berapa, makan pukul berapa, masuk tidur pkl berapa. segala2nya lah pasal berkaitan diri. kalau boleh dikatakan semua org pasti tau perkembangan diri mereka. 


iye~ itu aku dlu kot. skrg facebook pun dah lain. segala2nya dah berubah baik dari segi penampilan facebook itu sendiri. bagi yang tidak membuka fb mesti rasakan mereka itu telah ketinggalan zaman.


bila tiba zaman ke-femes-an facebook, maka timbullah zaman bertwitter. hurmm~ segala yg ditulis semua berkaitan diri, sekeliling dan sebagainya, cuma dekat twitter boleh merapu yg merapu-rapu tu. 


dan sebenarnya aku bukanlah ingin menulis pasal ini sebenarnya. 


orang yg baca blog aku ni, mesti di kalangan orang yang berfacebook.


dan masa korang log in facebook, then korang akan scroll down ur mouse tu, then baca segala status dan post yang dibuat. secara tidak langsung korang dapat tau apa yang berlaku pada sekeliling korang


sampaikan rosmah beli cincin 24juta pun tau melalui facebook~ hurmm. *tolong jangan kata benda ni pun akan masuk tv3*

jika kita berada di dalam kalangan kawan-kawan yang ramai. tambah bila ada member2 yg selalu sgt update status dia. 


" kenapa dengan dia", "bergaduh dgn bf ke", "ada masalah ke", "korang bca x status dia yang bertarikh ..... masa....." 


seringkali bermain di minda.  dan kadang-kadang kita yang membaca  terasa nk komen. 

dan pernah x kita berfikir sebelum kita berkomen. dan hanya komen pada pandangan kita sahaja. 


selalunya, kita menegur kesalahan orang lain dan kita tidak sedar cara kita komen itu telah menimbulkan kemarahan orang lain. *sama ada menegur/ berkomen*


kita xsedar, kadang2 nada tulisan yang kita gunakan menyebabkan kita bersalah faham dengan orang lain.
*setiap orang membaca tulisan kita berlainan pada setiap individu, ada yang menyatakan bahawa itu nasihat, ada yang menyatakan itu marah dll*


dan sebab itulah berkomunikasi secara online ini perlu berhati-hati jika tidak ingin menimbulkan salah faham~
*disebabkan yang sebaiknya adalah bersemuka, bercakap, face to face*


sebab kita x sedar sebenarnya mana tau, orang itu sengaja mengomen dalam nada marah pada post itu, sedangkan dia tgh bergelak ketawa pada masa itu.


aku xsalahkan yang membuat status itu, disebabkan itu haknya utk ber-facebook. tetapi sebaiknya buatlah status yang berfaedah~


aku x salahkan yang mengomen itu, disebabkan matanya telah membaca, dan kerajinan beliau untuk menaip tetapi sila-lah faham etika berkomunikasi dalam berfacebook.



nota kaki: aku mintak maaf sekiranya salah tutur, dan salah silap aku dalam berkomunikasi ni. dan aku x berniat untuk menaikkan kemarahan setiap individu. dan yang pasti aku hanya insan yang memerlukan penjelasan.


dan kadang2 budak2 kecik umur belasan tahun pun boleh mengomen mengalahkan orang dewasa~


~sekian~









0 berkata-kata: